Kajian Keperluan

Untuk Warga SK Seri Beroleh penuhi maklumat Kajian Keperluan

Sunday, December 13, 2009

TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17 6 Months, 1 Week ago Karma: 1
Bertanggungjawab kepada KPP, Ketua Unit Perkhidmatan ICT (atau Pengetua/Guru Besar Sekolah/Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah) di dalam membantu menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:


Senarai Tugas Jawatan

1. Membantu menyelia, melaksana dan menyelenggara perkakasan termasuklah server dan infrastruktur ICT di jabatan/sekolah;

2. Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian (router, modem dan sebagainya);

3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian;

4. Membantu melaksanakan keselamatan kemudahan infrastruktur, teknologi dan data iaitu membuat back up dan replikasi maklumat serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan baik;

5. Membantu melaksanakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi termasuklah makmal komputer, pusat akses dan bilik khas ICT dipatuhi;

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Penolong Pengarah/Ketua Unit PICT/(Pengetua/Guru Besar sekolah/Guru ICT sekolah)

No comments:

Post a Comment