Kajian Keperluan

Untuk Warga SK Seri Beroleh penuhi maklumat Kajian Keperluan

Sunday, December 13, 2009

Peraturan Makmal Komputer SK Seri Beroleh

1. Tinggalkan beg dan kasut di luar makmal. Bawa masuk barang yang
dibenarkan sahaja

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. Dibenarkan masuk ke dalam makmal pada masa tertentu sahaja.


3.Jangan bawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.

4. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.

5. Gunakan komputer yang dibenarkan sahaja.

6. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

7. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang
bertugas di makmal komputer.

8. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.

9. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. Bersihkan tempat anda sebelum meninggalkannya.

10. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.

11. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral (lucah).

12. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,
Bertengkar, jangan mengganggu rakan dan bergaduh dalam makmal komputer. Jangan berjalan-jalan ke komputer lain untuk melihat apa rakan anda buat, kecuali jika dibenarkan. Jaga ketenteraman di dalam makmal.

13. Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer. Pastikan tidak ada yang ganjil berlaku pada perkakasan komputer. Jika ada masalah, dapatkan bantuan guru, juruteknik makmal atau orang yang berkenaan.

14. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.





15. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang
terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal
komputer.

16. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

17. Sekiranya anda pengguna akhir, pastikan segala suis, lampu, dan alat
hawa dingin dipadamkan mengikut peraturan tertentu.

18. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pastikan makmal tidak ditinggalkan kosong tanpa berkunci.

19. Sebarang perlanggaran peraturan- peraturan di atas ianya menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pengurusan Makmal Komputer.

No comments:

Post a Comment