Kajian Keperluan

Untuk Warga SK Seri Beroleh penuhi maklumat Kajian Keperluan

Sunday, December 13, 2009

BIDANG TUGAS AJK ICT

SK Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor
2009



A. Pengerusi ICT

1. Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah.
2. Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN/KPM.
3. Mempengerusikan segala mesyuarat jawatankuasa ICT sekolah.
4. Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
5. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
6. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan Penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.


B. Naib Pengerusi ICT

1. Membantu Pengerusi ICT dalam menjalankan tugas.


C. Penyelaras ICT
1. Pengurus ICT
• Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.
• Menyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
• Mengurus dan menyenggara kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan
• Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
• Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
• Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan.
• Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
• Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.
• Mengenal-pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut .
• Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).

2. Pakar Rujuk ICT
• Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem aplikasi SSMS dan TLM.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
• Memberi latihan secara inhouse kepada masyarakat sekolah.
• Meningkatkan budaya IT di sekolah.
3. Keselamatan
• Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
• Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
• Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik .
• Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenalpasti.
• Memastikan komputer bebas dari virus.
• Membuat backup dan replikasi.

4. Webmaster
• Membina laman web sekolah.
• Memastikan kandungannya betul dan terkini.

5. Laporan
• Menyediakan laporan aktiviti.
• Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang berkaitan.
6. Tugas-Tugas Lain
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan Sekolah dari masa ke semasa.


D. Penyelaras Makmal

1. Merancang reka bentuk makmal di bawah kelolaannya.
2. Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal.
3. Menyediakan jadual penggunaan makmal harian.
4. Merangka peraturan penggunaan makmal.
5. Menyediakan inventori peralatan makmal
6. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
7. Menyemak buku stok dan inventori peralatan
8. Membuat perancangan pengurusan makmal
9. Menyediakan laporan tahunan pengurusan makmal


E. Setiausaha
1. Menaip dan mengedarkan jemputan mesyuarat ICT sekolah.
2. Mencatat minit mesyuarat ICT sekolah.
3. Menaip dan mengedarkan minit mesyuarat ICT sekolah.
4. Menguruskan fail mesyuarat ICT sekolah.


F. Bendahari
1. Membantu Penyelaras ICT menguruskan kewangan ICT sekolah.
2. Menyimpan rekod kewangan ICT sekolah dengan kemas dan selamat.
3. Membuat laporan kewangan ICT setiap kali mesyuarat awal tahun atau jika diperlukan oleh pihak pentadbir sekolah.


G. Juru Audit
1. Menyemak dan memastikan laporan kewangan jawatankuasa ICT sekolah mempunyai kebolehpercayaan yang sewajarnya.
2. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagai juru audit jawatankuasa ICT sekolah.
3. Mempunyai hak kebebasan & budi-bicara profesional dalam membuat keputusan penyemakan laporan kewangan ICT sekolah.


H. Pengurus Makmal
1. Mengurus makmal
2. Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal
3. Mengurus stok dan inventori makmal di bawah tanggungjawabnya
4. Membantu Penyelaras Makmal dalam merancang reka bentuk makmal
5. Membantu Penyelaras Makmal dalam membuat jadual penggunaan makmal harian.
6. Membantu Penyelaras Makmal dalam merangka peraturan makmal
7. Melapur dengan segera jika terdapat kerosakan alat-alat IT dan non IT kepada Pengetua/Penyelaras IT sekolah


I. Pembantu Makmal Komputer

1. Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat.
2. Menyimpan fail surat-menyurat dan pekeliling.
3. Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatan makmal computer (Kew312, Kew313, Kew314 dan Kew315).
4. Membantu Penyelaras IT/Pengurus Makmal menguruskan pergerakan peralatan makmal komputer.
5. Memantau aktiviti pelajar semasa ketiadaan guru.
6. Membuka dan menutup pintu makmal computer pada waktu yang ditetapkan ataupun dalam keadaan yang tertentu.
7. Menghidupkan computer pelayan (Server) dan menutup semua computer pada waktu yang ditetapkan.
8. Menghidupkan / mematikan suis utama letrik pada waktu yang ditetapkan.
9. Menyemak dan memastikan buku log penggunaan computer dilengkapkan oleh pengguna setiap hari.
10. Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tanpa kebenaran Pengetua/Penyelaras IT.
11. Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras IT/Pengurus Makmal.
12. Membantu Penyelaras IT/ Pengurus Makmal menyelenggara perkakasan computer.
13. Menguatkuasakan peraturan makmal yang disediakan oleh Penyelaras IT/Penyelaras Makmal.
14. Melaksanakan arahan-arahan lain yang diberi oleh Pengetua/Penyelaras IT dari semasa ke semasa.



J. Jurulatih TMK (P &P)
1. Melaksanakan kursus TMK (P & P) untuk guru-guru seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah
2. Membantu Penyelaras IT sekolah merancang dan melaksanakan kursus-kursus Literasi Komputer yang sesuai untuk guru-guru/staf sokongan & pelajar-pelajar.


K. Guru Data & Maklumat (EMIS)
1. Melengkapkan data & maklumat staf seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah/ Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Memberikan maklumat yang diperlukan oleh Penyelaras IT dalam melengkapkan Pangkalan Data Sekolah/ ICT sekolah.
3. Membuat laporan Pelaksanaan Aktiviti-aktiviti ICT sekolah jika diperlukan oleh Unit Maklumat, Jabatan Pendidikan Sabah.


L. Ketua Bidang & Ketua Panitia
1. Mengerakkan pemikiran guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.
3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
5. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
6. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power-point.
7. Memberi cadangan / pandangan kepada JK ICT untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P & P.



Sumber Rujukan:
1. URL: http://www.moe.edu.my/websekolah/09/ree0059/html/bestari.htm
2. URL: http://sedaka.net.tripod.com/b-itc.htm
3. Contoh “Garis Panduan Pengurusan Makmal”. BTP, Pusat Perkembangan Kurikulum: Mac 2002.
4. Perbincangan dengan Penyelaras ICT 2003, SMK Tun Fuad Stephen Kiulu, Tuaran
[UP: Encik Sikinor Gunu (B. Comp. Sc., UMS)].
5. Perbincangan dengan Penolong Pengarah, Unit Maklumat, JPS (UP: Pn. Jennifer Anjek) pada 24.04.2004.

No comments:

Post a Comment