Kajian Keperluan

Untuk Warga SK Seri Beroleh penuhi maklumat Kajian Keperluan

Sunday, December 20, 2009

INFO ICT SK SERI BEROLEH

Maklumat Data Penggunaan Makmal Komputer: (Warga SK Seri Beroleh - Guru dan kakitangan) sahaja.
Untuk maklumat warga SK Seri Beroleh mulai sesi 2010 Unit ICT SK Seri Beroleh akan menyediakan pengisian Borang Penggunaan Makmal Komputer secara online. Maklumat Data Penggunaan Makmal Komputer dan analisa berbentuk perangkaan dan graf - Response Summary - boleh dicapai di mana-mana. Walau bagaimanapun borang berkenaan telah dimula cuba pada 3 Disember 2009 dan jika tidak menghadapi apa-apa masalah ianya akan dimulapakai pada dan mulai 1 Disember 2010.

Maklumat Data Penggunan Makmal Komputer: (Murid-murid sahaja).Dalam proses penghasilan.

Maklumat Data Kehadiran Dan Pergerakan Pembantu Makmal Komputer SK Seri Beroleh.
Sila klik di sini untuk lihat.

Untuk memudahkan merancang dan menyusun aktiviti-aktiviti ICT pada tahun 2010 pihak kami telah menyediakan KAJIAN KEPERLUAN untuk seluruh warga SK Seri Beroleh. Untuk warga SK Seri Beroleh diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan mengisi borang berkenaan secara online
SEBELUM 31 DISEMBER. Sila lihat Maklumat Data Kajian Keperluan. Laporan analisa kajian keperluan ini akan terbentuk secara automatik dan dapat dilihat di mana sahaja secara online.
Lihat Response Summary

Wednesday, December 16, 2009

Sunday, December 13, 2009

Peraturan Makmal Komputer SK Seri Beroleh

1. Tinggalkan beg dan kasut di luar makmal. Bawa masuk barang yang
dibenarkan sahaja

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. Dibenarkan masuk ke dalam makmal pada masa tertentu sahaja.


3.Jangan bawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.

4. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.

5. Gunakan komputer yang dibenarkan sahaja.

6. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

7. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang
bertugas di makmal komputer.

8. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.

9. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. Bersihkan tempat anda sebelum meninggalkannya.

10. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.

11. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral (lucah).

12. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,
Bertengkar, jangan mengganggu rakan dan bergaduh dalam makmal komputer. Jangan berjalan-jalan ke komputer lain untuk melihat apa rakan anda buat, kecuali jika dibenarkan. Jaga ketenteraman di dalam makmal.

13. Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer. Pastikan tidak ada yang ganjil berlaku pada perkakasan komputer. Jika ada masalah, dapatkan bantuan guru, juruteknik makmal atau orang yang berkenaan.

14. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.





15. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang
terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal
komputer.

16. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

17. Sekiranya anda pengguna akhir, pastikan segala suis, lampu, dan alat
hawa dingin dipadamkan mengikut peraturan tertentu.

18. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pastikan makmal tidak ditinggalkan kosong tanpa berkunci.

19. Sebarang perlanggaran peraturan- peraturan di atas ianya menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pengurusan Makmal Komputer.

PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER





o PENGGUNA MESTI MENDAPAT KEBENARAN PENYALARAS ICT ATAU GURU UNTUK MENGGUNAKAN KOMPUTER.

o SILA CATATKAN MAKLUMAT DAN TANDATANGAN DI BUKU PENGGUNAAN KOMPUTER.

o PENGGUNA MESTI TAHU MENGGUNAKAN KOMPUTER DENGAN TATACARA YANG BETUL ATAU MENDAPAT BIMBINGAN GURU.

o PENGGUNAAN KOMPUTER TERHAD KEPADA 2 ORANG UNTUK 1 KOMPUTER.

o IMBAS CAKERA LIUT / "USB FLASH DRIVE" DAN SEUMPAMANYA SEBELUM DIGUNAKAN DI KOMPUTER 'KHAS' UNTUK MENJAUHI DARI BERLAKU SEBARAN VIRUS.

o DILARANG MENUKARKAN WALLPAPER DESKTOP DAN SEBARANG SETTING DI KOMPUTER BERKENAAN.

o DILARANG MEMBUAT SESUATU TERHADAP KOMPUTER TANPA ARAHAN GURU.

o JANGAN MAKAN DAN MINUM DI HADAPAN KOMPUTER.

o JANGAN TINGGALKAN SAMPAH.

o JANGAN BERMAIN-MAIN DENGAN RAKAN DI HADAPAN KOMPUTER.

o SUSUN KEMBALI PERALATAN KOMPUTER SEPERTI SEDIA KALA SELEPAS DIGUNAKAN.

o ‘SHUT DOWN’ DAN ‘OFF’ UPS SELEPAS PENGGUNAAN.

o SUSUN KERUSI SEPERTI SEDIAKALA SEBELUM KELUAR.

Laman web sekolah: http://www.sksb.edunet.my/

Email: jba0027@yahoo.com.my

Telepon: 07-4321604

Pertanyaan: 013-7045455

©Makmal Komputer SK Seri Beroleh

Makmal ICT

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer


1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang
harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi
perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini
diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.


2.Peraturan Makmal Komputer

  • 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izinatau semasa ketiadaan guru.
  • 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  • 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
  • 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  • 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  • 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.
  • 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
  • 2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamatyang melampau / tidak bermoral(lucah).
  • 2.9 Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  • 2.10 Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atassambungan wayar di komputer.
  • 2.11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  • 2.12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  • 2.13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
  • 2.14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.



3.Senarai Keselamatan Pengguna

  • 3.1. Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak ditempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
  • 3.2. Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
  • 3.3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
  • 3.4. Penapis cahaya monitor

http://kona.kontera.com/javascript/lib/imgs/grey_loader.gif

(glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.

  • 3.5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
  • 3.6. Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
  • 3.7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
  • 3.8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
  • 3.9. Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan “plug”.
  • 3.10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
  • 3.11. Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.



4. Aspek Keselamatan Perkakasan

  • 4.1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmaltanpa kebenaran.
  • 4.2. Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa didinding yang bersambung ke komputer itu.
  • 4.3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
  • 4.4. Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan untuk mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer.
  • 4.5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
  • 4.6. Matikan suis pencetak selepas digunakan.
  • 4.7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada guru penyelaras makmal komputer.
  • 4.8. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan di tingkap untuk mengelakkan kecurian.
  • 4.9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengesan kejadian kebakaran sekiranya berlaku. Tindakan pantas perlu di ambil dengan menghubungi pihak berkuasa sekiranya sistem penggera berbunyi.
  • 4.10. Pemacu cakera liut perlu diselenggara secara berkala supaya ianya berada berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.



5. Aspek Keselamatan Komputer

  • 5.1. Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak lebih daripada 40 darjah C. Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan.
  • 5.2. Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan “socket extension”.
  • 5.3. Jika perlu memindahkan komputer, elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
  • 5.4. Jangan biarkan unit sistem terdedah terlalu lama tanpa “casing”.
  • 5.5. Gunakan peralatan “can-air” untuk kerja-kerja membersihkan habuk dibahagian dalam unit sistem.
  • 5.6. Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
  • 5.7. “Shut down” unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti ke komputer .
  • 5.8. Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk.
  • 5.9. Penyambungan kabel-kabel ke unit system perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke dalam.



6. Aspek Keselamatan Komputer
A. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut

  • i. Jangan letakkan sebarang alatan atau bahan yang berat di atas cakera liut.
  • ii. Jangan mendedahkan cakera liut kepada haba yang sangat panas, pancaran cahaya matahari yang kuat dan air .
  • iii. Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan alatan bermagnet seperti pembesar suara, telefon, headsets dan monitor.
  • iv. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan cakera.
  • v. Simpanlah cakera liut di dalam bekas yang selamat.
  • vi. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu mengikut aturan yang betul.
  • vii. Semasa lampu pemacu cakera liut sedang menyala, jangan keluarkan cakera liut tersebut.


B. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat

  • i. Jangan mendedahkan cakera padat kepada pancaran cahaya matahari yang kuat atau haba yang sangat panas.
  • ii. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  • iii. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan bahagian atas cakera padat. Gunakan alat tulis seperti pen penanda.
  • iv. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
  • v. Gunakan teknik yang betul ketika memegang cakera padat.
  • vi. Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam jewel box nya.


C. Aspek Keselamatan Perisian Komputer

  • i. Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru penyelaras makmal dan komputer berkenaan dilabelkan dengan maklumat kerosakan.
  • ii. Jangan menyalin perisian dari luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran.
  • iii. Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam makmal tanpa kebenaran.
  • iv. Jangan menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
  • v. Kemaskinikan perisian anti-virus dari semasa ke semasa.
  • vi. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras.
  • vii. Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras, imbas dan nyahkannya.
  • viii. Lakukan aktiviti ”scandisk” dan ”defrag” untuk cakera keras dengan kekerapan sekali dalam sebulan.



7. Pengurusan Stok, Inventori Peralatan Dan Perisian Komputer
Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan di kebanyakan makmal komputer
sekolah tidak lengkap dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini
penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan dan
mengemaskini untuk memudahkan pentadbiran makmal komputer.


Buku Stok
Buku Stok makmal komputer disediakan dalam tiga jenis.

  • Stok Bekalan Pejabat - untuk merekodkan peralatan dan bahan yang luak serta nilai harganya adalah rendah.
  • Stok Inventori - untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya kurang RM500.00
  • Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke atas.



Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer dalam
pengurusan stok adalah digalakkan.

Helpdesk

TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17 6 Months, 1 Week ago Karma: 1
Bertanggungjawab kepada KPP, Ketua Unit Perkhidmatan ICT (atau Pengetua/Guru Besar Sekolah/Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah) di dalam membantu menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:


Senarai Tugas Jawatan

1. Membantu menyelia, melaksana dan menyelenggara perkakasan termasuklah server dan infrastruktur ICT di jabatan/sekolah;

2. Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian (router, modem dan sebagainya);

3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian;

4. Membantu melaksanakan keselamatan kemudahan infrastruktur, teknologi dan data iaitu membuat back up dan replikasi maklumat serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan baik;

5. Membantu melaksanakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi termasuklah makmal komputer, pusat akses dan bilik khas ICT dipatuhi;

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Penolong Pengarah/Ketua Unit PICT/(Pengetua/Guru Besar sekolah/Guru ICT sekolah)

SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS ICT

Peringkat : Sekolah Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras ICT (DGA32)
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi,
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi.

1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 12 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

3.1 Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.

3.3 Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

3.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2 Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.

6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.

6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1 Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.

8. Sebagai pengurus e-mel.

8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9. Memastikan integriti dan keselamatan data.

9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2 Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:-



9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.

9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.

9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3 Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-

9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

9.3.2 Memastikan computer bebas dari virus.

9.3.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.3.4 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.

10.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.

10.2 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.




11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.

11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.

11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.

11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.

12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari.

KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

Beberapa tindakan dan peraturan perlu diadakan untuk keselamatan pengguna serta semua perkakasan yang terdapat di dalam makmal.

Langkah Keselamatan Makmal Komputer

  1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri.
  2. Setiap pelajar atau pengguna dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna.
  3. Pelajar atau pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang disket persendirian kecuali dipastikan oleh guru ianya bebas daripada serangan virus.
  4. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
  5. Had masa pengguna komputer hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru.
  6. Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
  7. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.

Langkah Keselamatan Kebakaran

  1. Satu pelan Larian Kecemasan ditempatkan di dalam makmal agar pengguna mengetahui arah yang patut mereka pergi sekiranya berlaku kebakaran.
  2. Loceng kebakaran dan alat pemadam kebakaran mestilah diletakkan di tempat yang mudah dicapai sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahuan.

Langkah Keselamatan makmal

  1. Untuk mengelakkan makmal daripada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua tingkap dan pintu makmal hendaklah dipasang jeriji.
  2. Untuk tujuan penyelenggaraan dan menjaga keselamtan komputer serta perkakasan makmal, kerja penyelenggaran dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa.Prosedur ‘difragmenting’ san scandisk terhadap cakera keras perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan.Ini bertujuan agar komputer di dalam makmal sentiasa berda di dalam keadaan yang terbaik.